IBKG
Rumah Tentang IBKG

Jul 24, 2012

Musuh Tengah Lemah! Apa Lentok Lagi?



Ya. Ini Ramadhan. Tapi apakah yang kita lakukan? Adakah kita masih di takuk yang lama? Membazir masa seadanya. Hanya duk goyang kepala dan kaki menghabiskan masa yang ada. Hanya memanfaatkan masa yang ada dengan lentok yang tak bermakna. Hanya menunggu agar semangat itu datang dengan sendirinya tanpa berusaha untuk mencari semangat itu. Semangat apa? Of kos semangat beribadah.

Tu diaaa... Lentok lagi! [Gambar]


Sebelum tu, cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi peperangan. Apakah antara perkara yang kita paling penting sebagai langkah untuk memenangi peperangan itu? Kekuatan senjata, kekuatan askar, kekuatan kenderaan, dan macam-macam lagi.

Hari ni kita nak bincang pasal faktor kelemahan musuh. Ya. Selalunya kita akan target kelemahan musuh untuk memenangi sesebuah peperangan itu. Contohnya, kita tahu dengan kelengkapan perang yang kurang dan dengan kelaparan askar kita yang berada di tahap yang sangat kritikal, kita berasa yang peluang untuk menang itu sangat tipis.

Namun begitu, seorang tua yang bijak lagi bergaya tiba-tiba datang memberitahu bahawa musuh kita itu sangat lemah pada bau durian. Apabila tercium bau durian, mereka akan menjadi tak keruan dan macam tak ada hala tujuan. Menjadi gila bak Mak Mung yang menghidap penyakit historia, sejenis penyakit histeria yang terkena pada mereka yang stress belajar "history".

Ya. Berita seperti itulah yang kita tunggu-tunggu dalam menggarap kemenangan terhadap musuh tu. Maka, terlompat riang gembiralah kita apabila orang tua itu datang dan memberikan panduan, namun menggelabah seketika apabila orang tua itu tiba-tiba lenyap dari pandangan mata. Alhasilnya, terciptalah satu kemenangan dalam peperangan dek ilham yang Allah turunkan kepada orang tua tersebut yang disampaikan kepada kita.

Jadi, apa kaitannya dengan kes kita?

Fikirkanlah. Syaitan dah dirantai. Selama ni nafsu kita bertemankan syaitan yang sering mengganggu gugah jiwa kita dalam meninggalkan perkara yang cool dan melakukan perkara yang tak cool. Hakikatnya, 11 bulan yang lepas kita tak henti-henti berperang dengan nafsu yang dilengkapi dengan angkatan-angkatan syaitan yang menyerang kita mengikut pangkat masing-masing. Kalau kita kuat, dihantarnya syaitan yang berpangkat General, kalau lemah mungkin setakat prebet syaitan, atau hanya waterboy mereka. Erk.

Pada 1 bulan ni pula, kita tahu pula yang musuh kita yakni nafsu tengah dalam keadaan yang sangat lemah. Jadi, bayangkan andai kita sedang berperang dengan sebuah kerajaan yaitu Kerajaan Nafsu, dan kemenangan itu sangat kita dambakan, dan peluang itu dah nampak dengan terang lagi bersuluh dengan cahaya yang bergemerlapan.

Maka, adakah kita masih lagi ingin duduk relaks buat tak tahu? Hingga nafsu mendapat kekuatannya semula? Dah semestinya tidak! Maka, sahabat-sahabat yang cool sekalian, usahlah kita buang masa lagi di bulan ini. Marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk kita bertempur habis-habisan supaya kita dapat menakluki keseluruhan Kerajaan Nafsu dan menguasainya dalam 11 bulan yang akan datang, insyaAllah. Oh, untuk makluman, baca Al-Quran dan terjemahannya memang sangat penting dalam agenda ni. Seriyes.

No comments:

Post a Comment