IBKG
Rumah Tentang IBKG

Tentang



Blog ini adalah medium untuk berkongsi.

Berkongsi cerita, berkongsi rasa, berkongsi idea, berkongsi suka dan duka, berkongsi bahagia dan derita, dan berkongsi apa-apa yang harapannya adalah meraih redhaNya.



Ini Bukan Kerja Gila.

Nama blog ini asalnya adalah untuk menyedarkan saya sendiri dan orang ramai bahawa kerja dakwah bukanlah kerja gila yang hanya mampu dibuat oleh orang tertentu sahaja. Ianya kerja yang mampu dilakukan oleh semua. Cuma, cara dan pendekatan kita sahaja yang mungkin berbeza.

'Ini' merujuk pada Dakwah.

Alhamdulillah, sudah ramai ahli masyarakat kita, terutamanya golongan muda, yang tergerak hatinya melaksanakan dakwah, tidak memikirkan ianya adalah kerja gila. Jika difikirkan, nama blog ini kemungkinan sudah tidak 'valid', tapi tunggu. Walaupun makin ramai yang tergerak hatinya melaksanakan dakwah, majoriti masyarakat kita masih tidak. Malah, masih ramai yang hidupnya hanya untuk diri sendiri.

Mengapa kita berdakwah?

Sebelum kita berdakwah, kita harus jelas mengapa kita berdakwah dan kepada apa kita berdakwah. Persoalan inilah yang menentukan sejauh mana kita akan tetap melaksanakan dakwah dan sejauh mana keikhlasan kita melaksanakannya.

Definisi dakwah saya.

Dakwah itu ialah kita mengajak manusia kembali menyembah Allah, dan hanya Allah. Dakwah juga ialah kita mengajak manusia menjadi baik dan membawa kebaikan pada manusia disekelilingnya. Dakwah itu rahmat, dakwah itu nikmat. Dengan merasai betul-betul nikmat Islam dan Iman di hati, kita membawa dakwah kemana-mana dengan penuh hemat.

Harapan

Moga blog ini membawa manfaat buat mereka yang mahukan kebaikan. Moga apa yang ditulis itu dapat benar-benar dihayati dan diamalkan. Moga-moga amal tulisan ini menjadi hujah yang mempertahankan saya pada hari di mana sudah tiada perlindungan, melainkan rahmat Tuhan.

- Ini Bukan Kerja Gila -