IBKG
Rumah Tentang IBKG

Jul 16, 2012

Kerana Kesibukan Itu Begitu Berharga



Eh, apa ni? Kabur je. Cuba sapu sikit. *Uhuk3*
Ohh, tak perasan. Hampir seminggu dah blog ni berhabuk.

Ehem, sepanjang minggu lepas, Allah telah aturkan hidup saya untuk keluar berjalan-jalan. Mungkin ingin saya belajar sumting. Pergi ke Kedah, then hampir ke Terengganu, tak tau camne boleh tak sampai. Pastu balik Selangor ada usrah, ceramah, riadah dan macam-macam lagi selingan. Dan ya, saya sangat bersyukur sebab diberikan kesibukan yang dah lama saya idamkan. Allah menjawab do'a saya, supaya mengajar saya kembali erti kesibukan.

Waktu kat MRSM Taiping, saya rasa adalah satu perjalanan tarbiyyah yang sangat saya syukuri. Walaupun tiada murobbi (mentor), usrah pun macam tak ada (konflik Badan Dakwah dengan Ostad), tapi menjadi BWP (Badan Wakil Pelajar) mengubah cara hidup saya dengan drastik sekali. Macam orang yang tersesat baru dapat hidayah (ini melampau). Rasa fresh sangat. Huhu.

Saya banyak belajar dari presiden saya, Farid, presiden senior, Zulhilmi, dan rakan yang banyak dengar luahan saya dan saya pun banyak dengar luahan dia, Naqiyuddin. Tak lupa juga Imran yang membentuk sebuah pakatan rahsia untuk membincangkan perkara yang rahsia (harap-harap pembaca dapat rahsiakan dari umum ye). Dan kami sangat happy-go-lucky.

[Gambar]

Salah satu perkara yang sangat penting saya dapat belajar dari menjadi BWP ni dan yang saya sangat hargai sampai sekarang ialah nilai kesibukan tu dalam hidup kita. Kita mungkin selalu fikir nak relaks. Selalu nak hidup tanpa kesibukan, tanpa kerja, tanpa masalah. Bagi saya, sebenarnya dari kesibukan tu kita boleh belajar macam-macam.

1.Hargai Masa
Ini sangat tepat. Bila kita dah melakukan macam-macam aktiviti, kita akan rasa yang masa kita seolah-olah makin berkurangan. Tengok orang lain dok rilek je. Goyang meja dan kerusi. Padahal kita ni ada macam-macam benda nak kena buat. Alih-alih, kita selalunya dapat siapkan lagi banyak kerja dari diorang. Sebab apa? Disebabkan kita rasa tak cukup masa, jadi kita akan allocate masa betul-betul untuk menyiapkan tugasan-tugasan BWP dan juga homework.

2. Fokus
Bila kita sibuk buat macam-macam, kita boleh jadi lupa kejap pasal Nobita dan benda-benda lain yang tak penting dalam hidup kita, dan fokus untuk setelkan kerja yang kita tengah buat. Kita pun akan jadi lagi terurus. Sebab hidup kita waktu tu agak fixed. Lepas ni, ade kerja tu, lepas tu ade kerja ni, dan goes on sampailah kita lelapkan mata. Kadang-kadang tak rasa pun yang kita dah lalui satu hari yang panjang. Sebab kita fokus pada setiap pekerjaan kita dan menghargai setiap detik yang berlalu.

3. Rasa Tenang
Ini mungkin agak tidak logik. Tapi, setakat yang saya perasan, hidup saya lebih tenang waktu diri saya disibukkan dengan macam-macam toknek. Bila terkejar-kejar dan terkinja-kinja sana-sini, pada pengakhiran hari tu rasa penat. Tapi, kepenatan tu rasa sangat berbaloi sebab kita berpenat dalam berkhidmat. Dari itu, terlahirlah perasaan tenang waktu tidur. Memang agak tak faham jugak kenapa perasaan tenang pulak yang lahir. Mungkin ni perasaan yang Allah berikan apabila kita sibuk berkhidmat. 

Daripada situ, saya sangat menghargai kesibukan yang Allah berikan kepada saya waktu tu. Setiap detik tu dirasakan berharga, masa itu terasa sangat mahal, setiap saat juga dibekalkan dengan fikir dan zikir. Hasilnya, setiap hari itu diisi dengan pelbagai pengajaran dan pengalaman dalam hidup.

Jadi, kepada yang dah sibukkan diri dengan macam-macam benda yang baik, teruskan momentum itu, jangan pernah berhenti. Kerana kita tak tahu bila kita dapat melangkah kembali.

Yang masih dok goyang kaki tu, ayuh berubah. Bangkitlah, usah rebah.

No comments:

Post a Comment