Tiada jalan tengah antara keduanya [Gambar] |
Pabila ingin lakukan amalan jahiliyyah kembali
Cuba koreksi diri
Selami amalan sehari-hari
Apakah yang sudah terjadi
Mungkin pengurusan masa itu kita tak perbaiki
Juga terdapat kekosongan dalam hati
Tapi kita tidak pula mengisi
Dengan amalan yang menyentuh sanubari
Akhirnya bukan cinta Allah yang kita cari
Bukan juga ketenangan yang abadi
Tapi kepuasan duniawi
Yang kita tahu ia tidak hakiki
Jika kita benar-benar menyedari
Akan bahagianya mengecapi
Keredhaan dari Ilahi
Pastilah hilang cinta pada dunia ini
Usah tertipu dengan usia
Yang kita rasakan masih lama
Sedangkan yang mencabut nyawa
Hanya sahaja menunggu masa
Tolaklah kebatilan
Bencilah kelalaian
Terimalah kebenaran
Masuklah pada ketaatan
Percayalah wahai kawan
Kita pasti boleh lakukan
^_^
No comments:
Post a Comment