Biasa pergi solat jumaat? Eh, apa? Cakap lagi sekali?
Ohh... Cakaplah anda ni perempuan. Tapi orang perempuan pun ada yang pergi Solat Jumaat jugak tau. Malula kaum Adam kalau belum kenal erti kebosanan Solat Jumaat.
Kaum Hawa pun boleh je baca post ni. Sebarkan dekat family anda yang bergelar lelaki sejati.
Bila bercakap pasal Solat Jumaat ni, masyarakat kita menghadapi masalah yang agak keronik. Ok, mungkin gila keronik. Kepada kaum Hawa yang tertanya-tanya, di sini saya tunjukkan satu situasi. Kepada kaum Adam pun, take note ye. =)
__________
Hadirin jumaat yang dikasihi Allah sekalian,
-----Blackout-----
Allahuakbar Allahuakbar! (Iqamah)
__________
Haa... Macam tu la. Tak sempat khatib nak masuk tajuk, segalanya dah jadi kabur. Dunia ni seakan dah sampai ke penghujungnya (ini melampau). Apa yang hadirin dengar hanyalah pendahuluan dan doa penutup khutbah. Mungkin ade yang lagi teruk lagi, hanya tersedar selepas iqamah je.
Benda ni jadi dekat ramai sangat umat kita kat Malaysia ni. Tak kira tua atau muda. Tak tahu la negara lain macam mana. Hanya yang bersemangat yang dapat meneruskan perjuangan ni. Yang lemah akan tewas.
Selalunya ramai antara kita akan salahkan khatib yang ikut sangat teks sebab khutbah macam tu selalunya jadi mendatar dan tak ada feel. Walaupun kadang-kadang ada naik turun intonasinya, masih membosankan sebab tak natural.
Apa lagi wahai Pak Cik Khatib? [Gambar] |
Memang khatib memainkan peranan yang sangat penting untuk pastikan pendengar tak mengantuk atau mengamuk dengan khutbahnya. Di situ memang dia ada peranan. Harap-harap ada la orang akan ubah khutbah di Malaysia ni menjadi khutbah yang best. Selalunya kalau ada penceramah bebas bagi khutbah, memang best dan bersemangat sebab mereka ni tak perlukan teks, atau lebih tepat lagi, mereka tak mahu ada teks. Sebab mereka tak nak cakap macam robot.
Hakikatnya, kita sebagai pendengar pun ade peranan supaya kita dapat point yang ingin disampaikan dalam khutbah, supaya kita tak jadi orang yang rugi. Kat sini ada beberapa langkah yang kita boleh lakukan supaya kita tak tewas lagi di jumaat yang mendatang.
1. Tidur awal sehari sebelum hari jumaat.
- Benda ni memang common sense. Patut buat tiap-tiap hari pun sebenarnya.
2. Tidur sebentar sebelum Solat Jumaat.
- Benda ni rasanya tak patut sangat untuk buat. Tapi kalau ngantuk sangat, better tidur sekejap la.
3. Elak dari makan benda yang mengantukkan.
- Macam sambal dan gulai yang pekat.
Tu langkah-langkah sebelum Solat Jumaat. Ni langkah waktu Solat Jumaat tu sendiri. Ya lah, kita memang dah ambik langkah berjaga-jaga. Tapi, siapa tahu kan apa yang bakal jadi nanti. Jadi, ni antara apa yang kita boleh buat:
1. Sedar hakikat yang kita nak dengar khutbah. Bukan nak tidur.
- Senang cerita, matlamat tu kena jelas la. Baru ada keinginan yang kuat nak dengar.
2. Sebelum mula khutbah, mintak orang sebelah gerakkan kalau kita tertewas.
- Kita tak keseorangan. Bantuan orang sekeliling ni memang sangat membantu. Lainlah kalau diorang pun membatu. Huhu.
3. Mengambil nota.
- Ok. Ini mungkin nampak macam kerja gila dan tak selalu dibuat orang (kepada ahli agama, sila tegur saya kalau benda ni menyalahi fitrah Islami). Tapi, benda ni sangat-sangat membantu. Sebab dengan kita ada rasa nak ambil nota, kita akan lebih fokus dengan apa yang khatib nak sampaikan. Walaupun khutbahnya membosankan. Ya. Lainlah kalau memang orang tu sendiri tak rasa nak dengar khutbah. Bila ambil nota, kita tulislah tajuk besar dia. Lepas tu, tuliskan isinya dalam bentuk point je. Mudah. Malu nak bawak kertas dan pen, bawak jela kayu atau batu henfon. Kan henfon sekarang canggih-manggih belaka.
Sebenarnya nak tulis post ni pasal ambil nota tu je. Sebab serius, memang meningkatkan daya fokus tahap gaban punya. Membantu sangat. Yela, semangat kita tinggi macam mana pun, kena ada strategi jugak kan nak berdepan dengan apa-apa pun. Jangan harap kita nak terbang di langit kalau kita tak pasang sayap dulu.
Kepada anda yang ada teknik-teknik yang berkesan selain ini, boleh sharing maring kat komen di bawah ni ye.
Oh. Lupa pulak nak bagitahu. Khutbah tadi cerita pasal cinta kita terhadap Rasulullah saw. ^_^
Oh. Lupa pulak nak bagitahu. Khutbah tadi cerita pasal cinta kita terhadap Rasulullah saw. ^_^
Heh.. Teringat zaman jahiliyyah.. terpaksa jalan kaki dari asrama ke masjid, ditambah dengan panas mentari.. tatkala khutbah bermula, ramai sahabat tumpas.. moga selepas ini kita lebih fokus dan menghayati khutbah jumaat, elakkan tertidur mahupun bersembang.. :D
ReplyDeletesetuju3x.... salam ziarah...
ReplyDeletepadat dan muktakhir. sgt berguna untuk ana!
ReplyDeleteKhutbah kt sini tadi tntang bulan syaaban.dan sngat tak mmbosankan.Sebab khatib tu mmng stail.Dari ape yg didengar, mmng tak ikut text langsung..dan mustahil nak tido sbb intonasi dia mcm penceramah bebas (kalau tertido pon, msti terjaga balik bila dia menjerit; i mean sometimes his intonation be more louder to wake up the sleepy men).Paling stail, dia guna sikit 'english-malay' dia dlm khutbah tu.Ni salah satu cara nak kasi orng tertarik dngar khutbah dan tak mengantok.. So, khatib2 mmng main peranan penting :)PEACE
ReplyDeleteuntunglah anda.. moga lebih banyak khatib ambil pendekatan yang lebih menarik :D
Delete~dakwah itu perlu berhikmah.. jangan syok sendiri~
Memang khatib macam ni dia akan cuba sungguh-sungguh untuk interact dengan audiens. Alhamdulillah. Untung tu. Jadi, yang belum lagi dapat khatib yang stail, marilah berusaha sungguh2 supaya tak lentok.
Deletemungkin boleh cuba guna cara para sahabat.
ReplyDeleteberalih tempat setiap kali mengantuk..huhu ^^
satu cara utk x tertido ialah duduk iftirasy...
ReplyDeleteAlhamdulillah dh dua bulan aku x tido khutbah sbb postur badan yg straight membantu mengelakkan mengantuk...
sekali sekala urut la bahu sendiri kalau rasa ngantuk...
:)
btw, duduk iftirasy tu duduk cm tahiyat rakaat kedua...atau tawaruk cm tahiyat akhir...(kalau silap tlg betulkan)
Deletejzkk. insyaAllah akan diusahakan. :D
DeleteHmm. saya ni selalu malas. Saya mengaku kadang-kadang ada waktunya saya x pegi solat jumaat (guilty).
ReplyDeleteEntahlah, setiap kali nak solat jumaat saya rasa kena datang awal. kalau datang lambat tentu dah penuh dan x selesa. baik gi tido.hahahaha. so selalunya saya datang jam 12.30 dan duduk kat masjid. pastu tak tau nak buat apa tunggu waktu solat. so, tido juga. hehe
Uish... Menarik.
DeletePergi la pukul 1.00. selalunya tak penuh lagi waktu tu.
Waktu nak tunggu solat tu buat la apa-apa yang patut.
Baca quran ke, zikir ke, solat sunat ke, malas-malas pun at least cuba la berkenalan dengan orang kat sebelah ke. ok gak. Mengerat silaturrahim, insyaAllah.