Di era pascamoden ini, ramailah da'ie-da'ie urban (pendakwah moden) yang menganalogikan ramadhan itu umpama sebuah perlumbaan. Perlumbaan ibadah of kos. Di mana, kalau kita tak bersiap sedia sebelum berlumba, susah nak dapat trofi. Maka saya pun nak jugaklah beranalogi. Alhasilnya tertulislah post kali ini.
Yaa! Kejar budak! [Gambar] |
Ahmad dan Samad ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan Formula 2. Ahmad membuat maintenance untuk keretanya dua minggu sebelum berlumba. Macam-macam dia buat. Periksa enjin, tempat duduk, tayar, cermin tingkap, stereng, dan sebagainya. Sebab dia nak waktu berlumba nanti takkan ada banyak masalah. Dia pun kadang-kala test drive untuk melihat sejauh mana performance keretanya.
Samad pula, dengan lagak tiga posennya, merasakan tidak perlunya maintenance. Dan tidak perlu test drive. Cukup sahaja dengan menonton wayang tiap-tiap malam serta berfoya-foya bersama kucing kesayangannya di rumah jiran sebelah rumah. Mungkin terlalu malas atau terlalu yakin yang tidak bertempat bahawa dia akan berlumba dengan baik meskipun tidak melakukan maintenance.
Hasilnya, Ahmad dapat berlumba dengan baik sekali dan mendapat tempat pertama daripada 20 peserta yang berani mati. Sebaliknya Samad sekadar menduduki tempat ke-19 kerana seorang peserta mengalami cirit-birit dan hanya mampu mengirim salam kepada pelumba-pelumba lain.
Ahah. Cepat benar anda dapat mengaitkannya dengan Ramadhan. Ya. Sebelum nak melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ni, kita patutnya membuat pelbagai maintenance untuk diri kita. Sama ada ibadah khusus hinggalah ke ibadah sunat. Kita juga patut memperbanyakkan 'test drive' iaitu puasa sunat itu sendiri.
Cuba fikir balik, adakah logik untuk orang yang nak menang sesebuah perlumbaan bertindak macam Samad tadi? Logik ke untuk tak buat maintenance pada kereta kita sebelum berlumba? Logik ke untuk tak test drive memperbaiki skill pemanduan kita? Untuk yang merancang untuk kalah, mungkin ya. Tapi tidak bagi yang nak menang.
Untuk memenangi trofi pada akhir Ramadhan nanti, logiknya ialah kita perlu melakukan maintenance pada diri kita. Kalau masih bercakap yang tak elok, maka cakaplah yang elok. Kalau masih banyak buang masa, maka manfaatkan masa. Kalau banyak fikir tentang perkara yang tak penting, maka fikirlah perkara yang penting. Kita sendiri tahu apa maintenance yang perlu dilakukan.
Trofi yang kita akan dapat nanti adalah taqwa.
Manakala sambutan atas kemenangan trofi itu ialah hari raya.
Maka, layakkah kita nak menyambutnya sekiranya tak memenangi trofi?
Oleh itu, ayuh buat maintenance! Menangilah perlumbaan ini supaya kita dapat memaknai kemenangan itu.
Nice one,brother Ikram.. :D
ReplyDeleteMoga bermanfaat sister.
Delete