IBKG
Rumah Tentang IBKG

May 29, 2012

Start now!



Selalu tak kita rasa nak berubah dari buruk ke baik? Dari buang chewing gum kat dalam kasut orang lain, kita buang chewing gum dalam kasut sendiri. Dari meludah ke muka orang, meludah ke muka sendiri pulak. Erm, contoh agak pelik.

Tak kisah lah. Tapi jahat mana pun kita, hitam legam macam mana pun sejarah hidup kita yang singkat ni, mesti kita ada terasa jauh di teras hati kita;




"AKU MAHU BERUBAH!"


Keadaan jadi tegang dalam jiwa sanubari kita. Cuba melihat balik amalan-amalan kita yang lampau. Adakah dah cukup baik, ataupun dipenuhi dengan pelbagai jenayah antarabangsa. Ataupun kita sebenarnya tak tahu pun apa yang kita dah lakukan selama ni? Menjadi umpama bangkai yang bernyawa. Nak kata hidup, macam sadis sangat keadaannya. Nak kata dah mati, denyutan nadi masih berpam laju. Lagi sekali, satu perasaan tiba-tiba menyergah minda kita;







"AKU MAHU BERUBAH!"



Berubah menjadi lebih baik. Nak sayang ayah dengan mak betul-betul. Nak layan kawan baik-baik. Nak solat full tepat pada masanya. Nak baca Al-Quran banyak-banyak. Dan macam-macam lagi nak nak yang ke arah kebaikan. Waktu tu kita dah sedar. Kita nakkan perubahan. Tiba-tiba ade bisikan-bisikan setan berupa manusia atau jin menyergah ke lubuk jiwa "Nanti ape pulak orang fikir pasal kau?", "Kau dah cukup baik dah. Nak berubah ape lagi?", "Kau berubah ke x, sama je. Bukannye orang lain kesah pon. Kau nak berubah untuk siapa?". Bisikan-bisikan yang merosakkan niat dalam hati, melumpuhkan jiwa. Tapi dengan semangat yang kental, hati ini perlu tabah untuk menolak bisikan-bisikan itu. Perlu jelas yang kita berubah hanya kerana Allah semata-mata. Tak perlu sebab lain.

Jadi, nak berubah? It's now or never! Jangan bertangguh untuk berubah. Selagi kita bertangguh, selagi itu kita takkan berubah.
InsyaAllah, post lepas ni, kita bincang macam mana nak berubah.

*Alhamdulillah, exam dah selesai, test IELTS pun dah lepas. Hari tu rasa macam okay je. Soalan interview pun lebih pada hubungan kita dengan orang sekeliling. Jadi, bersinar-sinar la mata bila jawab soalan-soalan tu. Hehehe...


No comments:

Post a Comment