IBKG
Rumah Tentang IBKG

Jul 24, 2012

Musuh Tengah Lemah! Apa Lentok Lagi?



Ya. Ini Ramadhan. Tapi apakah yang kita lakukan? Adakah kita masih di takuk yang lama? Membazir masa seadanya. Hanya duk goyang kepala dan kaki menghabiskan masa yang ada. Hanya memanfaatkan masa yang ada dengan lentok yang tak bermakna. Hanya menunggu agar semangat itu datang dengan sendirinya tanpa berusaha untuk mencari semangat itu. Semangat apa? Of kos semangat beribadah.

Tu diaaa... Lentok lagi! [Gambar]


Sebelum tu, cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi peperangan. Apakah antara perkara yang kita paling penting sebagai langkah untuk memenangi peperangan itu? Kekuatan senjata, kekuatan askar, kekuatan kenderaan, dan macam-macam lagi.

Hari ni kita nak bincang pasal faktor kelemahan musuh. Ya. Selalunya kita akan target kelemahan musuh untuk memenangi sesebuah peperangan itu. Contohnya, kita tahu dengan kelengkapan perang yang kurang dan dengan kelaparan askar kita yang berada di tahap yang sangat kritikal, kita berasa yang peluang untuk menang itu sangat tipis.

Namun begitu, seorang tua yang bijak lagi bergaya tiba-tiba datang memberitahu bahawa musuh kita itu sangat lemah pada bau durian. Apabila tercium bau durian, mereka akan menjadi tak keruan dan macam tak ada hala tujuan. Menjadi gila bak Mak Mung yang menghidap penyakit historia, sejenis penyakit histeria yang terkena pada mereka yang stress belajar "history".

Ya. Berita seperti itulah yang kita tunggu-tunggu dalam menggarap kemenangan terhadap musuh tu. Maka, terlompat riang gembiralah kita apabila orang tua itu datang dan memberikan panduan, namun menggelabah seketika apabila orang tua itu tiba-tiba lenyap dari pandangan mata. Alhasilnya, terciptalah satu kemenangan dalam peperangan dek ilham yang Allah turunkan kepada orang tua tersebut yang disampaikan kepada kita.

Jadi, apa kaitannya dengan kes kita?

Fikirkanlah. Syaitan dah dirantai. Selama ni nafsu kita bertemankan syaitan yang sering mengganggu gugah jiwa kita dalam meninggalkan perkara yang cool dan melakukan perkara yang tak cool. Hakikatnya, 11 bulan yang lepas kita tak henti-henti berperang dengan nafsu yang dilengkapi dengan angkatan-angkatan syaitan yang menyerang kita mengikut pangkat masing-masing. Kalau kita kuat, dihantarnya syaitan yang berpangkat General, kalau lemah mungkin setakat prebet syaitan, atau hanya waterboy mereka. Erk.

Pada 1 bulan ni pula, kita tahu pula yang musuh kita yakni nafsu tengah dalam keadaan yang sangat lemah. Jadi, bayangkan andai kita sedang berperang dengan sebuah kerajaan yaitu Kerajaan Nafsu, dan kemenangan itu sangat kita dambakan, dan peluang itu dah nampak dengan terang lagi bersuluh dengan cahaya yang bergemerlapan.

Maka, adakah kita masih lagi ingin duduk relaks buat tak tahu? Hingga nafsu mendapat kekuatannya semula? Dah semestinya tidak! Maka, sahabat-sahabat yang cool sekalian, usahlah kita buang masa lagi di bulan ini. Marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk kita bertempur habis-habisan supaya kita dapat menakluki keseluruhan Kerajaan Nafsu dan menguasainya dalam 11 bulan yang akan datang, insyaAllah. Oh, untuk makluman, baca Al-Quran dan terjemahannya memang sangat penting dalam agenda ni. Seriyes.

Jul 20, 2012

Berita Gembira Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Jiwa




Berita baik dah datang. [Gambar]

Yeahoo!!! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Ramadhan datang lagi. Ini memang mengundang histeria dalam kalangan mereka yang begitu merindui bulan yang penuh barakah ini. Tiba-tiba banyak jiwa akan ketagih untuk melakukan kebaikan. Jadi, berhati-hati lah dengan keadaan ini kerana anda juga mesti akan ketagih. Mesti!

Sungguh, ini adalah berita yang sangat menggembirakan bagi mereka yang ingin memperbaiki diri serta menyucikan jiwa. Pasti anda tahu berita tentang apa. Eheh. Apa? Raya? Ohh... Jawapan yang hampir tidak tepat.

Berita bahawa syaiton-syaiton telahpun dibelenggu dan tidak dapat bergerak bebas di angkasa raya mengundang 1001 kebahagiaan kepada banyak umat manusia. Mana taknya, dengan ketiadaan mereka-mereka yang direjam itu, manusia lebih mudah untuk membentuk diri mereka ke arah yang lebih baik.

Kalau tak, sebelum ni, nak buat apa-apa benda yang cool atau meninggalkan benda yang tak cool, begitu banyak soksek soksek yang akan bersiaran di minda separa sedar mereka, semuanya menjerumus ke arah yang tak cool. Jadi, setelah dirantaikan syaiton-syaiton itu, maka terlompat kerianganlah mereka-mereka yang selama ini bergelut dengan diri mereka semata-mata untuk manfaat pelaburan akhirat mereka.

Ohh... Bukan itu saja. Tidakkah mereka mendengar berita bahawa pintu syurga itu terbuka seluas-luasnya dan pintu neraka itu tertutup tertutup-tutupnya (eh, apa ni?). Ini bermakna rahmat Allah itu sangat luas pada bulan ini. Tidakkah itu memberi motivasi kepada manusia untuk berkejar-kejaran dan bersesak-sesakan melakukan kebaikan? Oh, ini sangat mengujakan!

Tak lupa juga yang amalan-amalan pada bulan ni akan digandakan pahalanya, dan akan berganda-ganda lagi mengikut keikhlasan seorang manusia itu. Ada bataskah pada rahmat Allah? Memang tak dapat dibayangkan kegilaan mukminin yang mendengar berita ini. Bagaikan ingin menyebarkan virus kebahagiaan ke mana-mana sahaja mereka pergi.

Dan macam-macam lagi berita gembira yang boleh dikongsikan bersama-sama demi kemaslahatan umat manusia. Padahal berita yang sedikit kat atas ni pun dah mampu mengundang seribu makna kebahagiaan kepada jiwa-jiwa yang faham akan kenikmatan bulan Ramadhan ini. Ini pesan dari media; tingkatkan ibadah, kurangkan juadah, dan banyakkan bersedekah.

Moga Ramadhan kali ini mengundang sejuta makna, memberikan impak dan hasil yang jitu kepada diri kita seluruhnya. InsyaAllah.

Ini memang berita gembira.


Jul 18, 2012

Ramadhan : Sudah Buat Maintenance?



Di era pascamoden ini, ramailah da'ie-da'ie urban (pendakwah moden) yang menganalogikan ramadhan itu umpama sebuah perlumbaan. Perlumbaan ibadah of kos. Di mana, kalau kita tak bersiap sedia sebelum berlumba, susah nak dapat trofi. Maka saya pun nak jugaklah beranalogi. Alhasilnya tertulislah post kali ini.

Yaa! Kejar budak! [Gambar]


Ahmad dan Samad ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan Formula 2. Ahmad membuat maintenance untuk keretanya dua minggu sebelum berlumba. Macam-macam dia buat. Periksa enjin, tempat duduk, tayar, cermin tingkap, stereng, dan sebagainya. Sebab dia nak waktu berlumba nanti takkan ada banyak masalah. Dia pun kadang-kala test drive untuk melihat sejauh mana performance keretanya.

Samad pula, dengan lagak tiga posennya, merasakan tidak perlunya maintenance. Dan tidak perlu test drive. Cukup sahaja dengan menonton wayang tiap-tiap malam serta berfoya-foya bersama kucing kesayangannya di rumah jiran sebelah rumah. Mungkin terlalu malas atau terlalu yakin yang tidak bertempat bahawa dia akan berlumba dengan baik meskipun tidak melakukan maintenance.

Hasilnya, Ahmad dapat berlumba dengan baik sekali dan mendapat tempat pertama daripada 20 peserta yang berani mati. Sebaliknya Samad sekadar menduduki tempat ke-19 kerana seorang peserta mengalami cirit-birit dan hanya mampu mengirim salam kepada pelumba-pelumba lain.

Ahah. Cepat benar anda dapat mengaitkannya dengan Ramadhan. Ya. Sebelum nak melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ni, kita patutnya membuat pelbagai maintenance untuk diri kita. Sama ada ibadah khusus hinggalah ke ibadah sunat. Kita juga patut memperbanyakkan 'test drive' iaitu puasa sunat itu sendiri.

Cuba fikir balik, adakah logik untuk orang yang nak menang sesebuah perlumbaan bertindak macam Samad tadi? Logik ke untuk tak buat maintenance pada kereta kita sebelum berlumba? Logik ke untuk tak test drive memperbaiki skill pemanduan kita? Untuk yang merancang untuk kalah, mungkin ya. Tapi tidak bagi yang nak menang.

Untuk memenangi trofi pada akhir Ramadhan nanti, logiknya ialah kita perlu melakukan maintenance pada diri kita. Kalau masih bercakap yang tak elok, maka cakaplah yang elok. Kalau masih banyak buang masa, maka manfaatkan masa. Kalau banyak fikir tentang perkara yang tak penting, maka fikirlah perkara yang penting. Kita sendiri tahu apa maintenance yang perlu dilakukan.

Trofi yang kita akan dapat nanti adalah taqwa.
Manakala sambutan atas kemenangan trofi itu ialah hari raya.
Maka, layakkah kita nak menyambutnya sekiranya tak memenangi trofi?

Oleh itu, ayuh buat maintenance! Menangilah perlumbaan ini supaya kita dapat memaknai kemenangan itu.

Jul 16, 2012

Kerana Kesibukan Itu Begitu Berharga



Eh, apa ni? Kabur je. Cuba sapu sikit. *Uhuk3*
Ohh, tak perasan. Hampir seminggu dah blog ni berhabuk.

Ehem, sepanjang minggu lepas, Allah telah aturkan hidup saya untuk keluar berjalan-jalan. Mungkin ingin saya belajar sumting. Pergi ke Kedah, then hampir ke Terengganu, tak tau camne boleh tak sampai. Pastu balik Selangor ada usrah, ceramah, riadah dan macam-macam lagi selingan. Dan ya, saya sangat bersyukur sebab diberikan kesibukan yang dah lama saya idamkan. Allah menjawab do'a saya, supaya mengajar saya kembali erti kesibukan.

Waktu kat MRSM Taiping, saya rasa adalah satu perjalanan tarbiyyah yang sangat saya syukuri. Walaupun tiada murobbi (mentor), usrah pun macam tak ada (konflik Badan Dakwah dengan Ostad), tapi menjadi BWP (Badan Wakil Pelajar) mengubah cara hidup saya dengan drastik sekali. Macam orang yang tersesat baru dapat hidayah (ini melampau). Rasa fresh sangat. Huhu.

Saya banyak belajar dari presiden saya, Farid, presiden senior, Zulhilmi, dan rakan yang banyak dengar luahan saya dan saya pun banyak dengar luahan dia, Naqiyuddin. Tak lupa juga Imran yang membentuk sebuah pakatan rahsia untuk membincangkan perkara yang rahsia (harap-harap pembaca dapat rahsiakan dari umum ye). Dan kami sangat happy-go-lucky.

[Gambar]

Salah satu perkara yang sangat penting saya dapat belajar dari menjadi BWP ni dan yang saya sangat hargai sampai sekarang ialah nilai kesibukan tu dalam hidup kita. Kita mungkin selalu fikir nak relaks. Selalu nak hidup tanpa kesibukan, tanpa kerja, tanpa masalah. Bagi saya, sebenarnya dari kesibukan tu kita boleh belajar macam-macam.

1.Hargai Masa
Ini sangat tepat. Bila kita dah melakukan macam-macam aktiviti, kita akan rasa yang masa kita seolah-olah makin berkurangan. Tengok orang lain dok rilek je. Goyang meja dan kerusi. Padahal kita ni ada macam-macam benda nak kena buat. Alih-alih, kita selalunya dapat siapkan lagi banyak kerja dari diorang. Sebab apa? Disebabkan kita rasa tak cukup masa, jadi kita akan allocate masa betul-betul untuk menyiapkan tugasan-tugasan BWP dan juga homework.

2. Fokus
Bila kita sibuk buat macam-macam, kita boleh jadi lupa kejap pasal Nobita dan benda-benda lain yang tak penting dalam hidup kita, dan fokus untuk setelkan kerja yang kita tengah buat. Kita pun akan jadi lagi terurus. Sebab hidup kita waktu tu agak fixed. Lepas ni, ade kerja tu, lepas tu ade kerja ni, dan goes on sampailah kita lelapkan mata. Kadang-kadang tak rasa pun yang kita dah lalui satu hari yang panjang. Sebab kita fokus pada setiap pekerjaan kita dan menghargai setiap detik yang berlalu.

3. Rasa Tenang
Ini mungkin agak tidak logik. Tapi, setakat yang saya perasan, hidup saya lebih tenang waktu diri saya disibukkan dengan macam-macam toknek. Bila terkejar-kejar dan terkinja-kinja sana-sini, pada pengakhiran hari tu rasa penat. Tapi, kepenatan tu rasa sangat berbaloi sebab kita berpenat dalam berkhidmat. Dari itu, terlahirlah perasaan tenang waktu tidur. Memang agak tak faham jugak kenapa perasaan tenang pulak yang lahir. Mungkin ni perasaan yang Allah berikan apabila kita sibuk berkhidmat. 

Daripada situ, saya sangat menghargai kesibukan yang Allah berikan kepada saya waktu tu. Setiap detik tu dirasakan berharga, masa itu terasa sangat mahal, setiap saat juga dibekalkan dengan fikir dan zikir. Hasilnya, setiap hari itu diisi dengan pelbagai pengajaran dan pengalaman dalam hidup.

Jadi, kepada yang dah sibukkan diri dengan macam-macam benda yang baik, teruskan momentum itu, jangan pernah berhenti. Kerana kita tak tahu bila kita dapat melangkah kembali.

Yang masih dok goyang kaki tu, ayuh berubah. Bangkitlah, usah rebah.

Jul 8, 2012

Ini sangat mengujakan!



Rasanya ni first time tulis benda yang personal.

Semalam dengan hari ni baru je attend dua majlis hari erm... kahwin. Satu kat kawasan kejiranan dan satu lagi dekat Taiping, mak sedara kawin. Pastu ada la dapat something yang sangat sangat sangat breathtaking. 0_0

Waktu kecik dulu, saya panggil ini biskut siput (apa nama betul dia ek?)

Waaaa... Ini sangat menggamit nostalgia. Rasanya waktu tadika last skali dapat rasa makanan yang sangat comel lagi enak ni. Teruja gila bila dapat. MasyaAllah, mata sampai terlopong, mulut sampai ternganga. Apa? Anda tak pernah tahu apa benda ni dan tak pernah rasa? Sila terjun ke masa silam dan dapatkan chilhood memory yang gempak sekarang juga. Pergi makan benda ni! Huhu.

Kepada bakal isteri saya, tolong ye jangan mekap tebal-tebal. Tolong ye. (^_^)_b
Cuba tengok macam gamba dekat bawah ni. Sejuk je mata memandang kan. Kalau si tukang mekap tu nak jugak kasi tebal-tebal, panggil abang ye. Nak terajang je dia habis-habisan. Hee... (ngarut)

Tahniah Bro Hilal dan Kak Masyitah. Moga terus menerus membuka minda masyarakat tentang erti Islam yang sebenar.

Kepada yang belum kenal brader ni, sila pergi ke page dia, profile dia, atau lebih bergaya lagi, website LangitIlahi.

.

Sebenarnya, keinginan untuk kahwin tu patut dipupuk dari sekarang lagi. Ya, tak kisah la kita dah jumpa calon atau belum, tapi biar kesediaan kita nak berkahwin tu bermula apabila kita dah meningkat matang ni. Persiapkan diri dengan macam-macam ilmu kehidupan. Ilmu agama tu sangat penting, tapi jangan lupa ilmu-ilmu macam ilmu memasak, ilmu kewangan, ilmu bisnes dan pengurusan, dan ilmu mengusik. Erm... Hehe.

Jadi, bentuklah diri kita menjadi Super Muslim dari sekarang. InsyaAllah, kita akan dapat pasangan yang Super jugak. Begitu pula sebaliknya. An-Nur : 26

Jul 7, 2012

Kenapa? Ok La Tu.



Hey. Ok la tu. [Gambar]

Sangat menakutkan bila orang tengok amalan-amalan kita seharian, diorang cakap "Ok la tu. Dah banyak dah amal kau buat. Takkan tak cukup lagi." dan kita pulak termakan dengan 'nasihat' diorang, dan terus rasa "Betul jugak kan." Isyh... Patut hentam je kepala kat dinding sampai dinding pecah.

Mungkin diorang tak berniat pun nak kasi kita berpuas hati dengan amalan kita, tapi respon yang kita patut bagi ialah menidakkan statement diorang dan nyatakan yang kalau kita rasa amal kita dah cukup, kita akan rasa kita dah boleh masuk syurga dan akan goyang perut je lepas tu.

Hakikatnya kita sebagai manusia tak akan terlepas dari melakukan kesalahan sama ada kita sedar ataupun tidak. Maka, kalau kita rasa amal kita dah cukup, kita akan kurang merasai untuk memperbagus dan memperhebatkan kualiti amalan kita ataupun meningkatkan kuantiti amalan kita. Tak ada fuel untuk membuatkan kita mara ke depan. Malah yang menjadikannya lebih syahdu ialah kita menjadi makin malas untuk melakukan apa yang kita dah biasa lakukan.

Saya pun dulu jenis yang tak mudah berpuas hati dengan result exam. Tiap-tiap kali lepas exam, akan rasa yang kena tingkatkan lagi usaha, jadi lebih rajin. Tapi ade orang sekeliling cakap, "Weh, syukur la. Orang lain dapat lagi teruk dari kau." Erm... Kalau kita selama-lamanya tengok orang yang markahnya lagi rendah, sampai bila kita nak berada pada tahap tu je? Ada beza tau antara bersyukur dengan tak mudah berpuas hati dengan pencapaian kita. Cuba bezakan. Lagipun, mungkin kelebihan orang tu kat tempat lain. Bukan pada subjek tu. Kalau kita dah memang minat pada subjek tu, kita patutnya ada rasa nak belajar lagi dan lagi sampai dapat kuasai sepenuhnya subjek tu.

Kita sepatutnya menanamkan dalam diri kita supaya melakukan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan dan tak mudah berpuas hati dengan pencapaian kita. Oh, sini ada satu status facebook yang saya baru terbaca satu hari tu ; Kalau kita dah rasa badan kita cukup tough, mesti kita tak ada drive untuk buat fitness banyak-banyak dah kan. Macam tu jugak iman dan amal. Kalau kita rasa ianya dah cukup, dah tentu kita tak bersemangat untuk meningkatkan iman dan amal kita.

Lebih kurang macam tu la statusnya berbunyi. Tapi ade logiknya di situ. Sebab manusia akan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dia sasarkan. Tapi apabila dia sudah berpuas hati dengan pencapaiannya, dia akan berhenti untuk maju ke hadapan. Cuba kita jadi macam orang bisnes yang sentiasa memikirkan cara untuk memperbanyakkan harta mereka. Cuma yang bezanya, kita sentiasa memikirkan cara untuk memperbanyakkan amalan. Jangan pernah rasa amal kita cukup.

Lihat sendiri amalan Rasulullah. Betapa baginda sibuk menguruskan negara, mengerat silaturrahim, melayan keluarga, dan macam-macam lagi, tapi baginda tetap orang yang paling banyak amalan kebaikannya dalam kalangan masyarakat. Adakah kita masih mahu berpuas hati dengan amalan yang tak seberapa? Dan mengharapkan untuk masuk syurga selamanya? Ketahuilah yang harga syurga itu mahal. Sebab itu jalan menujunya payah. Ingat orang yang ada rumah besar senang-senang ke cari duit nak beli semua tu? Semua tu lahir dari usaha yang gigih. Mungkin juga beserta air mata dan darah.

Hmm... Post ni ditulis waktu tengah period emosi tak stabil. Kalau tak memberi impak tu harap maaf. Diri ini sangat serba kekurangan. Terasa sangat kerdil di hadapanNya. Dengan amalan tak seberapa dan banyak pula dosanya, masih diberi peluang untuk merasakan nikmatNya yang tak terhitung.

Jadi, ayuhlah kita keluar dari "comfort zone" ni. Let's strive our way towards Jannah, insyaAllah!

Ini bukan kerja gila.

Jul 6, 2012

Solat Jumaat - Masih Lentok?



Biasa pergi solat jumaat? Eh, apa? Cakap lagi sekali?

Ohh... Cakaplah anda ni perempuan. Tapi orang perempuan pun ada yang pergi Solat Jumaat jugak tau. Malula kaum Adam kalau belum kenal erti kebosanan Solat Jumaat.

Kaum Hawa pun boleh je baca post ni. Sebarkan dekat family anda yang bergelar lelaki sejati.

Bila bercakap pasal Solat Jumaat ni, masyarakat kita menghadapi masalah yang agak keronik. Ok, mungkin gila keronik. Kepada kaum Hawa yang tertanya-tanya, di sini saya tunjukkan satu situasi. Kepada kaum Adam pun, take note ye. =)
__________

Hadirin jumaat yang dikasihi Allah sekalian,

-----Blackout-----

Allahuakbar Allahuakbar! (Iqamah)
__________

Haa... Macam tu la. Tak sempat khatib nak masuk tajuk, segalanya dah jadi kabur. Dunia ni seakan dah sampai ke penghujungnya (ini melampau). Apa yang hadirin dengar hanyalah pendahuluan dan doa penutup khutbah. Mungkin ade yang lagi teruk lagi, hanya tersedar selepas iqamah je.

Benda ni jadi dekat ramai sangat umat kita kat Malaysia ni. Tak kira tua atau muda. Tak tahu la negara lain macam mana. Hanya yang bersemangat yang dapat meneruskan perjuangan ni. Yang lemah akan tewas.

Selalunya ramai antara kita akan salahkan khatib yang ikut sangat teks sebab khutbah macam tu selalunya jadi mendatar dan tak ada feel. Walaupun kadang-kadang ada naik turun intonasinya, masih membosankan sebab tak natural.

Apa lagi wahai Pak Cik Khatib? [Gambar]

Memang khatib memainkan peranan yang sangat penting untuk pastikan pendengar tak mengantuk atau mengamuk dengan khutbahnya. Di situ memang dia ada peranan. Harap-harap ada la orang akan ubah khutbah di Malaysia ni menjadi khutbah yang best. Selalunya kalau ada penceramah bebas bagi khutbah, memang best dan bersemangat sebab mereka ni tak perlukan teks, atau lebih tepat lagi, mereka tak mahu ada teks. Sebab mereka tak nak cakap macam robot.

Hakikatnya, kita sebagai pendengar pun ade peranan supaya kita dapat point yang ingin disampaikan dalam khutbah, supaya kita tak jadi orang yang rugi. Kat sini ada beberapa langkah yang kita boleh lakukan supaya kita tak tewas lagi di jumaat yang mendatang.

1. Tidur awal sehari sebelum hari jumaat.
- Benda ni memang common sense. Patut buat tiap-tiap hari pun sebenarnya.

2. Tidur sebentar sebelum Solat Jumaat.
- Benda ni rasanya tak patut sangat untuk buat. Tapi kalau ngantuk sangat, better tidur sekejap la.

3. Elak dari makan benda yang mengantukkan.
- Macam sambal dan gulai yang pekat.

Tu langkah-langkah sebelum Solat Jumaat. Ni langkah waktu Solat Jumaat tu sendiri. Ya lah, kita memang dah ambik langkah berjaga-jaga. Tapi, siapa tahu kan apa yang bakal jadi nanti. Jadi, ni antara apa yang kita boleh buat:

1. Sedar hakikat yang kita nak dengar khutbah. Bukan nak tidur.
- Senang cerita, matlamat tu kena jelas la. Baru ada keinginan yang kuat nak dengar.

2. Sebelum mula khutbah, mintak orang sebelah gerakkan kalau kita tertewas.
- Kita tak keseorangan. Bantuan orang sekeliling ni memang sangat membantu. Lainlah kalau diorang pun membatu. Huhu.

3. Mengambil nota.
- Ok. Ini mungkin nampak macam kerja gila dan tak selalu dibuat orang (kepada ahli agama, sila tegur saya kalau benda ni menyalahi fitrah Islami). Tapi, benda ni sangat-sangat membantu. Sebab dengan kita ada rasa nak ambil nota, kita akan lebih fokus dengan apa yang khatib nak sampaikan. Walaupun khutbahnya membosankan. Ya. Lainlah kalau memang orang tu sendiri tak rasa nak dengar khutbah. Bila ambil nota, kita tulislah tajuk besar dia. Lepas tu, tuliskan isinya dalam bentuk point je. Mudah. Malu nak bawak kertas dan pen, bawak jela kayu atau batu henfon. Kan henfon sekarang canggih-manggih belaka.

Sebenarnya nak tulis post ni pasal ambil nota tu je. Sebab serius, memang meningkatkan daya fokus tahap gaban punya. Membantu sangat. Yela, semangat kita tinggi macam mana pun, kena ada strategi jugak kan nak berdepan dengan apa-apa pun. Jangan harap kita nak terbang di langit kalau kita tak pasang sayap dulu.

Kepada anda yang ada teknik-teknik yang berkesan selain ini, boleh sharing maring kat komen di bawah ni ye.

Oh. Lupa pulak nak bagitahu. Khutbah tadi cerita pasal cinta kita terhadap Rasulullah saw. ^_^

Jul 2, 2012

Citer Bro Ei dan Bro Bi #1



Bro Ei baru sahaja dapat kerja semalam dan begitu bersemangat untuk mulakan harinya.

Bro Ei berjalan menuju ke tempat kerjanya dan terserempak dengan Bro Bi.

Bro Ei fikir yang jika dia hendak menjadikan harinya ceria, dia akan senyum kepada setiap orang yang dia terserempak dengannya.

Bro Ei pun tanpa segan silu mencurahkan senyumannya pada Bro Bi.

Bro Bi membalas dengan muka pelik melihat gelagat Bro Ei. Fikirnya, "Sawan ke budak ni?"

Bro Ei masih cuba menguatkan senyumannya walaupun dibalas dengan muka masam dan berlalu pergi meninggalkan Bro Bi dengan perasaan sedikit hampa dalam hatinya, "Kenapa masam je? Senyumlah balik. Tak mati pun kalau senyum." Perasaan semangatnya menjadi pudar sedikit.

Bro Bi juga meneruskan perjalanannya. Hampir 10 langkah selepas bertembung dengan Bro Ei, dia terhenti. Dengan wajah sedikit kesal, dia cuba melirik senyumannya sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan dia menoleh semula ke arah Bro Ei.

Bro Bi menjadi tenang. Melangkah pergi.


Di tempat kerja...

Bro Bi ke tingkat tiga bahagian tempat kerjanya yang menyediakan minuman tin. Dia sangat dahaga.

Bro Bi duduk di kerusi sofa yang disediakan berhampiran vendor machine untuk minuman tin itu. Tiba-tiba ternampak satu wajah yang baru sahaja dilihatnya pagi tadi.

Bro Ei perasan kehadiran Bro Bi dan cuba mengalihkan wajahnya kepada vendor machine dengan rasa kurang selesa. Bro Bi hanya tersengih melihat gelagatnya. Dia cuba memulakan perbualan.

"Bro, kau kerja sini ke?"

"Ye bro. Baru hari ni."

"Aku nak tengok balik senyuman pagi tadi. Boleh?"

Bro Ei terkejut seketika kemudian mencurahkan senyuman dengan mata yang bersinar-sinar.

Bro Bi pun tanpa fikir tiga kali, terus mendakap Bro Ei, "Thanks bro. You've enlighten my day! Masalah aku rasa macam hilang bila tengok senyuman kau. Senyum sokmo eh."


Senyumlah. Kita takkan tahu bagaimana sebuah senyuman tu mampu mengubah dunia ni. =D
Biarlah orang tak senyum balik, tapi siapa tahu kan, dua tiga jam lepas tu mungkin dia tiba-tiba tersenyum sebab mengenangkan senyuman kita.
Akhir kata, fikirkanlah perkara yang terbaik yang boleh jadi atas setiap yang berlaku. Barulah hidup kita sentiasa ceria. Ye tak?

Tak susah pun nak senyum. kan? kan? *urgh* [Gambar]
P.S. : Ni cubaan pertama untuk berkarya. Ya. Cubaan yang gila.


Jul 1, 2012

Rasai Inertia Itu



Anda pernah tengok kesan inertia?

Inilah inertia. [Gambar]
Menakjubkan bukan? Ish. C'mon la... Excited la sikit!

Macam tu la kesan inertia. Sebuah objek yang statik akan kekal statik bila tak ada daya yang menggerakkannya. Manakala apabila objek tu bergerak, ia akan kekal bergerak selagi tak ada daya yang menahannya dari terus bergerak. Contoh mudah ialah kita ada sebiji bola. Bola itu tak akan bergerak selagi kita tak mengenakan daya padanya. Apabila bola itu sudah bergerak, ia akan kekal bergerak, tak akan berhenti selagi tak ada daya luar yang dikenakan atasnya. Of course angin dan lantai kasar adalah antara daya yang membolehkan bola itu berhenti.

Inertia pada manusia
Yang menariknya inertia ini berlaku juga pada manusia. Tak percaya? Selalu tak kita tengok orang yang malas gila nak bekerja? Selagi tak ada orang yang menyuruhnya bekerja, memang liat bebenor dia nak bekerja. Bila suruh tu pun bila paksa baru dia nak buat. Bila paksa pun tak dapat jamin dia akan buat ke tak. Bila dah buat pula, efektif atau tak kerja dia pun menjadi tanda tanya. Bila dah habis buat kerja, dia akan berhenti bekerja. Orang yang macam ni mempunyai masalah momentum dalam diri mereka. Mereka tidak dapat menghadirkan inertia dalam diri mereka. Malah orang lain pula yang perlu memberikan daya kepada mereka supaya kesan inertia tu kena pada diri mereka. Momentum mereka hanya apabila daya luar itu datang menjengah. Mereka tidak ada apa yang kita panggil inner drive. Inner drive inilah yang dapat merealisasikan inertia dalam diri kita.

Pasti kita pernah lihat mereka yang sebati dengan inner drive ini bukan? Mereka tak akan berhenti bekerja dan tak akan berhenti. Halanglah dia dengan panahan petir atau semburan api, selagi semangatnya ada, dia akan teruskan perjalanannya. Merekalah yang mahu melakukan kerja, merekalah yang selalu volunteer, merekalah yang tetap tahan dengan cemuhan orang lain walaupun dihina. Contoh terbaik yang kita boleh lihat untuk orang yang mempunyai inner drive yang tinggi ni ialah Rasulullah sendiri. Tak caya cuba belek sirah jap.

Hadirkan Inertia Itu
Objek yang tidak hidup itu memerlukan daya dari luar untuk menampakkan kesan inertia. Jadi, kalau kita hanya mengharapkan daya dari luar, apa bezanya kita dengan objek yang tidak hidup itu? Efek inertia dalam diri kita ni hanya boleh dilahirkan oleh diri kita sahaja. Jadi, kita bayangkan dalam minda kita yang kita adalah satu objek. Kemudian gambarkan ada sebatang tangan yang menolak diri kita itu supaya bergerak.



Tolaklah diri kita dengan inner drive itu.
Bayangkan inner drive kita mengikut cara manapun yang kita suka.



Lepas dah tolak tu, bolehlah bayangkan diri kita jadi apa. Jadi super saiya ke, The Flash ke, naik kereta ferrari ke, yang penting apa yang kita bayangkan itu membantu kita dalam membuatkan diri kita sentiasa bergerak ke depan. Kita tak akan berhenti bergerak selagi tak ada daya yang dikenakan ke atas kita. Realitinya, apabila kita terhenti, kita selalu menuding jari menunjuk-nunjuk siapa yang memberhentikan kita. Tanpa kita sedari, diri kitalah yang menjadi penghalang untuk kita terus maju. Tangan yang sama itulah yang menghalang kita daripada terus bergerak ke hadapan. Suka sekali saya menggunakan ayat yang indah di bawah ini. Membawa kesimpulan bahawa "it all depends on you".

“Sesungguhnya Allah tak akan ubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa yang
ada pada diri mereka” 
Ar-Ra'd : 11

Ayuh! Berikan daya pada diri kita. Rasai inertia itu. Jangan pernah berhenti selagi kita masih bernafas. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita punyai peluang.